Tahun lalu menyaksikan hubungan dua hala antara Malaysia dan Australia memasuki fasa baharu kepada perkongsian strategik yang komprehensif.<br /><br />Menteri Luar Australia, Penny Wong berkata, hubungan yang wujud, biarpun berdepan pelbagai cabaran seperti pertukaran kerajaan dan pentadbiran, harus dilihat dalam konteks kekuatannya yang telah wujud selama berdekad lamanya.
